KedahHouseForSale.com
Panduan

Rumah Untuk Dijual di Sungai Petani 2025: Harga Terkini, Kawasan Terbaik & Tips Beli

Panduan berasaskan data transaksi sebenar 2025–2026, bukan sekadar senarai harga tanya. Ketahui kawasan mana yang bergerak, kenapa, dan apa yang perlu anda semak sebelum tandatangan.

3 Jun 2026 · Alpian Ali · Perunding Hartanah BP

🔗 Kongsi artikel ini:
Rumah teres untuk dijual di Sungai Petani Kedah

Kalau anda taip "rumah untuk dijual di Sungai Petani" dalam Google, yang keluar adalah ribuan listing dengan harga tanya yang berselisih jauh antara satu sama lain. RM155,000 di Sungai Lalang. RM430,000 di Bandar Puteri Jaya. RM600,000 untuk semi-D dua tingkat di kawasan premium. Angka-angka ini benar, tapi ia tidak memberitahu anda satu perkara yang paling penting iaitu berapa harga yang orang sebenarnya bayar apabila transaksi berlaku.

Senario itulah yang cuba dijawab dalam panduan ini. Berdasarkan data transaksi sebenar pasaran SP 2025–2026, bukan semata-mata harga iklan, mari kita lihat kawasan mana yang aktif, di mana ada nilai sebenar, dan apa yang perlu anda semak sebelum membuat keputusan beli.

Gambaran Pasaran: Rumah Dijual di Sungai Petani 2025–2026

Sungai Petani kekal bandar terbesar Kedah dari segi aktiviti hartanah. Median harga keseluruhan SP berada sekitar RM335,000 berdasarkan 572 listing projek aktif setakat Mei 2026. Kebanyakannya adalah freehold yang mana ini salah satu kelebihan besar SP berbanding banyak bandar lain di Malaysia yang bercampur antara freehold dan leasehold dalam kawasan yang sama.

Tiga kawasan yang paling aktif dari segi volum transaksi sebenar sepanjang 2025–2026:

  • Bandar Seri Astana:71 transaksi antara Februari 2025 dan Januari 2026. Median RM280,000. Freehold, majoriti teres setingkat.
  • Bandar Amanjaya: kawasan paling matang, median transaksi sekitar RM240,000. Permintaan stabil sepanjang tahun.
  • Bandar Puteri Jaya Seksyen 2: segmen premium, median sekitar RM400,000. Pembeli cenderung keluarga besar atau pembeli upgrade dari kawasan lain.

Sumber: Brickz.my data transaksi Bandar Sri Astana 2025–2026, PropertyGuru Sungai Petani Mei 2026.

Tiga Kawasan Utama yang Perlu Anda Faham

Ramai pembeli tersilap pilih kawasan bukan kerana tiada maklumat, tapi kerana maklumat yang ada tidak disesuaikan dengan situasi mereka. Berikut gambaran jujur tiga kawasan utama:

Bandar Amanjaya: Pilihan Pertengahan yang Matang

Bandar Amanjaya adalah kawasan yang paling lengkap infrastrukturnya di SP. Ada Pantai Hospital, sekolah, kedai, dan akses mudah ke Tol SP Utara. Median transaksi sekitar RM240,000 untuk teres setingkat, tapi unit yang sudah diubahsuai penuh boleh mencecah RM290,000–RM320,000. Kawasan ini sesuai untuk pembeli yang mahukan kejiranan matang tanpa menunggu kawasan "berkembang." Kekurangannya — pilihan untuk kustomisasi unit terhad kerana hampir semua unit adalah subsale.

Bandar Seri Astana: Data Transaksi Berbicara

Ini kawasan yang paling banyak berlaku transaksi dalam tempoh 12 bulan terkini. Sebanyak 71 transaksi direkodkan antara Februari 2025 dan Januari 2026, dengan median RM280,000 dan separuh daripada transaksi itu berlaku antara RM250,000 hingga RM330,000. Ia bukan kawasan yang "murah" semata-mata malah ia kawasan yang aktif, yang bermakna ada permintaan dan ada penjualan yang berlaku, bukan hanya listing yang bertimbun. Berdekatan Tol SP Selatan, sesuai untuk komuter Penang.

Bandar Puteri Jaya: Untuk Mereka yang Dah Bersedia

Median RM400,000 meletakkan Bandar Puteri Jaya dalam segmen berbeza. Pembeli di sini biasanya bukan pembeli pertama tapi mereka sama ada upgrade dari kawasan lain atau pelabur yang faham kawasan ini ada permintaan sewa dari pekerja hospital dan kilang berdekatan. Tol SP Selatan hanya beberapa minit dari sini.

Perbezaan Harga Tanya vs Harga Transaksi Sebenar

Ini bahagian yang ramai pembeli terlepas pandang. Di SP, jurang antara harga listing dan harga transaksi sebenar boleh mencapai 8–15%. Sebuah unit yang disenaraikan pada RM290,000 di Bandar Amanjaya mungkin akhirnya berjual pada RM255,000–RM265,000 selepas proses nego dan penilaian bank.

Beberapa petanda bahawa sesebuah listing ada ruang nego:

  • Unit sudah lebih 6 bulan dalam pasaran tanpa terjual
  • Pemilik ada dua hartanah atau lebih (motivated seller)
  • Nilai pasaran (Market Value) jauh lebih rendah daripada harga tanya
  • Unit memerlukan ubahsuai besar jadi leverage ini dalam negotiation

Sebaliknya, unit di Bandar Seri Astana yang baru diubahsuai penuh dan berdekatan tol, nego di situ mungkin lebih terhad kerana permintaan tinggi dan data transaksi menyokong harga tersebut.

Rumah Baru atau Subsale di Sungai Petani: Mana Pilihan Anda?

Soalan ini tak ada jawapan universal, ia bergantung kepada situasi kewangan, gaya hidup, dan tujuan pembelian anda.

AspekRumah BaruSubsale
Harga masukIkut harga pemaju, kurang ruang negoAda ruang nego dengan pemilik
Masa masuk dudukTunggu 2–4 tahun selepas bookingBoleh masuk dalam 3–4 bulan
Keadaan unitBaru, waranti pemaju 24 bulan (CCC)Perlu semak kondisi, kos baik pulih mungkin ada
KawasanMasih membangun, kemudahan mungkin belum lengkapKawasan matang, infrastruktur sedia ada
LotBoleh pilih sendiri semasa bookingTerima lot yang ada
Kos tersembunyiBayar ansuran + sewa semasa tunggu siapMungkin ada kos ubahsuai awal

Untuk SP khususnya, jika anda pembeli pertama dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000... pilihan rumah baru freehold di kawasan Bandar Seri Astana dari RM220,000 masih ada dan layak untuk skim RMM A. Namun jika anda perlukan tempat tinggal segera, subsale di Bandar Amanjaya dengan median RM240,000 adalah pilihan yang lebih praktikal.

Adakah Sungai Petani Masih Menarik untuk Pelaburan Sewa?

Jawapan pendek: ya, tapi bukan semua kawasan sama.

SP mempunyai tiga sumber permintaan sewa yang berbeza dan konsisten. Pertama, pekerja Kawasan Industri Bakar Arang iaitu kawasan perindustrian terbesar di Kedah Tengah dengan ratusan kilang aktif. Pekerja syif yang memerlukan penginapan berdekatan tempat kerja menjadi segmen penyewa yang stabil sepanjang tahun. Kedua, UiTM Merbok dan institusi pengajian tinggi sekitar SP menarik pelajar dan kakitangan akademik yang memerlukan sewaan jangka sederhana hingga panjang. Ketiga, kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim dan Pantai Hospital SP yang mana doktor, jururawat, dan pekerja sokongan yang biasanya bertukar lokasi setiap beberapa tahun membentuk permintaan sewa yang berterusan.

Pulangan sewa anggaran 4–6% setahun untuk kawasan berdekatan ketiga-tiga magnet ini. Angka ini adalah anggaran industri sahaja, pulangan sebenar bergantung kepada harga belian, jenis unit, dan kemampuan anda mencari dan mengekalkan penyewa.

6 Perkara Wajib Semak Sebelum Beli Rumah di Sungai Petani

Berdasarkan pengalaman di lapangan, ini perkara yang paling kerap dilangkau oleh pembeli, terutamanya pembeli pertama:

  1. Status lot: bumi atau non-bumi. Minta ejen tunjukkan geran semasa viewing. Lot bumi memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk dijual kepada pembeli bukan Melayu jadi ini boleh melambatkan proses dan menjejaskan nilai pasaran semula.
  2. Semak rekod banjir lot berkenaan. Bukan kawasan, tapi lot spesifik. MPSPK dan JPS ada rekod jadi tanya ejen untuk dapatkan maklumat ini atau lawat pejabat berkenaan sebelum serahkan deposit.
  3. Penilaian bank vs harga tanya. Bank akan hantar penilai mereka sendiri. Jika penilaian lebih rendah dari harga tanya, anda kena tanggung jurang tersebut secara tunai. Ini penting untuk dirancang awal.
  4. Semak tunggakan cukai tanah dan cukai pintu. Dalam proses subsale, pastikan peguam anda semak tiada tunggakan daripada pemilik lama sebab ia boleh jadi liabiliti anda selepas pindah milik.
  5. Kos ubahsuai untuk unit subsale. Buat anggaran realistik. Unit berusia 10 tahun ke atas mungkin perlukan RM20,000–RM40,000 untuk kemaskini paip, pendawaian, dan pemasangan semula.
  6. Kelayakan pinjaman sebelum viewing. Jangan buang masa melawat rumah yang anda tak mampu dapatkan pinjaman. Hubungi bank atau ejen untuk semak kelayakan dahulu kerana prosesnya tidak memakan masa dan menyelamatkan banyak kekecewaan.

Bacaan Lanjut

Kawasan perumahan matang Sungai Petani Kedah Rumah subsale teres setingkat Sungai Petani
✨ Artikel ini berguna? Kongsikan:
#rumah-untuk-dijual #sungai-petani #harga-rumah-kedah #panduan-beli-rumah #hartanah-kedah

Berminat Beli Rumah di Sungai Petani?

WhatsApp kami untuk senarai unit aktif mengikut bajet dan kawasan anda. Sama ada Bandar Amanjaya, Bandar Seri Astana, atau kawasan lain di SP... kami bantu semak kelayakan pinjaman, kira ansuran sebenar, dan cadangkan unit berdasarkan situasi anda. Tiada tekanan, tiada obligasi.