KedahHouseForSale.com
Liputan Kawasan

Rumah di Kulim: 30–50% Lebih Murah dari Penang, 20 Minit ke Butterworth

Kulim adalah pilihan utama bagi pekerja KHTP dan para komuter atau pengulang-alik Penang kerana fakto lebih 45,000 pekerjaan di taman industri, median harga RM330,000, dan akses 20 minit ke Butterworth. Kami bantu anda pilih sub-kawasan dan projek yang betul untuk bajet dan laluan harian anda di Kulim.

Daerah: Majlis Perbandaran Kulim (MPK) Β· Respons: Respons Hari Sama
Kawasan Kulim Kedah

Median RM330,000

Data Brickz 2025

45,000 Pekerjaan KHTP

Permintaan Sewa Kukuh

20 Min ke Butterworth

via Lebuhraya BKE

8+ Sub-kawasan

Diliputi Sepenuhnya

Masalah Pembeli

Kesukaran Cari Rumah Berhampiran KHTP? Ada Penyelesaiannya

Kami faham kesulitan ini, dan kami bantu anda selesaikannya satu persatu.

Lunas, Padang Serai, atau Kulim Bandar: Mana satu patut saya pilih?

Setiap sub-kawasan ada profil berbeza. Lunas dan Padang Serai lebih hampir ke stesen KTM Tasek Gelugor dan lebih mampu milik; Kulim bandar lebih matang dengan kemudahan lengkap tetapi harga lebih tinggi. Pilihan bergantung kepada laluan komuter atau laluan berulang-alik anda setiap hari sama ada ke KHTP atau ke Butterworth/Penang.

Gaji Kilang KHTP: Layak ke untuk Pinjaman Bank?

Ramai pekerja KHTP sektor swasta bimbang tentang kelayakan pinjaman mereka terutamanya jika gaji ada elemen OT atau elaun tidak tetap. Bank nilaikan gaji asas sahaja, biasanya 30–35% DSR. Untuk pendapatan RM3,000–RM5,000, rumah Kulim dalam julat RM250k–RM400k biasanya dalam lingkungan layak. Kami bantu semak angka sebenar percuma.

KHTP 2 Diumumkan: Patut Beli Sekarang atau Tunggu?

Pengembangan KHTP 2 (daripada 5,557 ekar ke 12,000 ekar, diumumkan Nov 2024) dijangka menarik lebih ramai pekerja ke Kulim dan meningkatkan permintaan perumahan. Soalan yang betul bukan β€œbila nak beli” sebaliknya persoalan sebenar adalah β€œkawasan mana yang paling dekat dengan zon pembangunan baru dan masih mampu milik sekarang?”

Berapa Total yang Perlu Ada Sebelum Beli Rumah RM330k?

Harga RM330k bermaksud anda perlu lebih kurang RM20k–RM35k untuk duti setem, yuran guaman SPA, dan MOT dan kos inilah yang ramai pembeli terlepas pandang. Ada skim seperti MyDeposit dan KWSP Akaun 2 yang boleh kurangkan beban ini. Kami nyatakan semua angka dari mula, tanpa kejutan.

Langkah demi Langkah

4 Langkah Mudah Dapatkan Rumah di Kawasan Ini

Daripada layari senarai projek hinggalah ke serah kunci, kami pandu setiap langkah.

1

Tentukan Sub-kawasan

Dekat KHTP, dekat stesen KTM Tasek Gelugor, atau kawasan mapan Kulim bandar? Kami bantu anda tapis mengikut laluan harian dan bajet anda, bukan sekadar lokasi di peta.

2

Semak Harga & Data Sebenar

Kami kongsi data transaksi sebenar, bukan harga tanya. Median RM330,000 berdasarkan 502 transaksi brickz 2024–2025. Anda tahu nilai sebenar sebelum tawar.

3

Tanya Sahajalah: Tiada Soalan Terlalu Asas

WhatsApp kami... sama ada soalan tentang kelayakan pinjaman, perbezaan Lunas vs Kulim bandar, atau sekadar nak tahu lebih lanjut. Tiada tekanan, tiada obligasi.

4

Lawat Tapak, Tentukan Pilihan

Kami selaraskan lawatan tapak dan pandu anda daripada tempahan, SPA, semak kelayakan pinjaman, hinggalah ke serah kunci... langkah demi langkah.

Nak Senarai Terkini Projek Kulim?

Kami hantar terus senarai aktif mengikut sub-kawasan pilihan anda misalnya Lunas, Padang Serai, atau Kulim bandar sekali dengan harga terkini dan data transaksi sebenar dari lapangan.

Kenapa Klien Setia Menggunakan KedahHouseForSale.com

Kalau anda bekerja di KHTP atau berulang-alik ke Butterworth setiap hari, Kulim bukan sekadar alternatif yang lebih murah malah satu pilihan strategik yang membolehkan anda miliki rumah landed berkualiti pada harga yang hampir mustahil ada di Pulau Pinang. Harga rumah Kulim 30–50% lebih rendah untuk saiz dan kualiti yang sama, dengan akses BKE yang memendekkan jarak ke Butterworth kepada 20–25 minit. Bagi keluarga muda, pekerja kilang KHTP, dan pelabur yang bijak, Kulim bukan lagi satu kompromi malah satu pilihan yang lebih baik.

Pasaran Hartanah Kulim: Apa yang Anda Perlu Tahu

Kulim ialah pusat industri berteknologi tinggi Kedah dalam Daerah Kulim, bersempadan dengan Seberang Perai, Pulau Pinang di barat. Kulim Hi-Tech Park (KHTP) ialah taman industri berteknologi tinggi pertama Malaysia yang dibuka pada 1996 yang telah menjadi pemacu utama permintaan perumahan di sini. Dengan lebih 100 syarikat termasuk Intel, Infineon, OSRAM, dan First Solar, KHTP menjana sekitar 45,000 pekerjaan dengan pelaburan kumulatif RM179 bilion sehingga 2024. Kemajuan inilah yang menjadikan Kulim pilihan utama keluarga muda, pekerja industri kilang, malah pelabur hartanah yang bijak mencari pulangan sewa 5–7% setahun.

Akses Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) memudahkan para pengulang-alik atau komuter ke Butterworth dalam masa 20 hingga 25 minit (27km). Projek popular termasuk Taman Selasih Indah, Permata Residence, Lembah Impiana, Bandar Permata Lunas oleh Oriental Kedah Realty, dan Taman Puteri Padang Serai di koridor KTM.

Kami meliputi penyenaraian aktif di seluruh Kulim dari kawasan industri Kulim Square hinggalah ke taman perumahan mapan di Kulim Perdana dan Kulim Utama, dengan khidmat nasihat percuma untuk pekerja KHTP yang ingin menetap.

Kawasan perumahan Kulim

Kawasan Liputan di Kulim

  • Kulim Bandar
  • Kulim Utama
  • Kulim Square
  • Kulim Perdana
  • Lunas
  • Padang Serai
  • Karangan
  • Junjong
  • Townhouse Kulim
  • Taman Seroja Kulim
  • Taman Seri Akasia Kulim

Mercu Tanda dan Akses Penting

  • Kulim Hi-Tech Park (KHTP)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Stesen KTM Padang Serai/Lunas
  • Hospital Kulim
  • Penang Sentral (akses komuter)

Khidmat Hartanah di Kulim

Testimoni

Apa Kata Pelanggan Kami

Penilaian 4.8/5 daripada 120+ ulasan pelanggan KedahHouseForSale.com

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

"Saya pekerja kilang dekat KHTP.. baru-baru ni keliru nak pilih antara Lunas dan Kulim bandar. Lepas konsultasi dengan team ni, semua jelas. Dapat rumah yang sesuai dalam masa 3 bulan, dekat kilang dan sekolah anak."

β€” Hafizuddin A.

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

"Dari Penang, saya berulang-alik ke KHTP setiap hari. Akhirnya beli teres dua tingkat di Bandar Permata Lunas berharga RM320k, 10 minit ke kilang. Info harga dan data transaksi di laman ni betul-betul membantu saya negotiate dengan keyakinan."

β€” Norhaiza M.

β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…

"Saya pekerja KHTP yang cari rumah dekat Kulim. Panduan tentang Bandar Permata Lunas dan akses ke Penang sangat berguna."

β€” Mohd Faizal H.

Lokasi

Peta Kawasan Kulim

Soalan Lazim

Soalan Lazim tentang Rumah di Kulim

Jawapan kepada soalan paling kerap ditanya tentang lokasi, KHTP, dan hartanah di Kulim.

Kulim terletak dalam daerah mana? +

Kulim terletak dalam Daerah Kulim, Kedah, di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim (MPK). Kulim merupakan bandar ketiga terbesar di Kedah selepas Sungai Petani dan Alor Setar, dan bersempadan dengan negeri Pulau Pinang di barat. Kedudukan strategik ini menjadikan Kulim pilihan utama para komuter yang bekerja di Penang tetapi mahukan kos sara hidup lebih rendah.

Berapa poskod Kulim? +

Poskod pusat bandar Kulim ialah 09000. Kawasan-kawasan lain dalam Daerah Kulim menggunakan siri poskod 09xxx contohnya Lunas dan kawasan pinggir menggunakan 09020 dan kod lain dalam siri yang sama.

Berapa jauh Kulim dari Butterworth dan Sungai Petani? +

Ke Butterworth: lebih kurang 27km, mengambil masa 20 hingga 25 minit memandu menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). Kedudukan ini menjadikan Kulim salah satu kawasan perumahan yang paling hampir dengan Penang berbanding sebelah Kedah.

Ke Sungai Petani: lebih kurang 44km, mengambil masa 40 hingga 45 minit memandu.

Ke Lapangan Terbang Penang (Bayan Lepas): lebih kurang 45km menerusi Penang Bridge.

Apa itu KHTP dan mengapa projek ini penting untuk pembeli rumah di Kulim? +

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) ialah taman industri berteknologi tinggi pertama di Malaysia, dibuka pada tahun 1996. Taman industri ini merangkumi keluasan lebih 5,551 ekar dengan 6 zon pembangunan, menampung lebih 100 syarikat termasuk Intel, Infineon, OSRAM, Fuji Electric, dan First Solar.

KHTP menjana sekitar 45,000 pekerjaan dengan jumlah pelaburan kumulatif RM179 bilion sehingga 2024. Pada November 2024, pengembangan KHTP 2 diumumkan dan merancang gandakan keluasan daripada 5,557 ekar ke 12,000 ekar, yang dijangka meningkatkan lagi permintaan perumahan di Kulim.

Mengapa pekerja KHTP pilih Kulim untuk beli rumah? +

Harga rumah Kulim 30 hingga 50 peratus lebih rendah berbanding di Pulau Pinang untuk saiz dan kualiti yang sama. Pekerja KHTP boleh berulang-alik dalam 5 hingga 15 minit ke tempat kerja, atau ke Butterworth dalam 20 hingga 25 minit menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Berapa harga rumah di Kulim? +

Berdasarkan data transaksi sebenar brickz (Nov 2024–Okt 2025, 502 transaksi, 117 projek):

  • Median harga kediaman Kulim: RM330,000
  • Julat P25–P75: RM250,000 hingga RM398,000
  • Taman Kulim Utama (segmen premium): median RM485,000

Projek baru seperti Taman Puteri Padang Serai, Bandar Permata Lunas, Permata Residence, dan Lembah Impiana menyasarkan pekerja KHTP dan keluarga muda dalam julat harga ini.

Adakah Kulim sesuai untuk pelaburan hartanah? +

Ya, Kulim antara hotspot pelaburan utara Semenanjung. Permintaan sewa kuat dan stabil daripada sekitar 45,000 pekerja KHTP, dengan anggaran pulangan sewa 5 hingga 7 peratus setahun. Potensi capital appreciation meningkat dengan pengembangan KHTP 2 yang merancang gandakan kapasiti taman industri, sekali gus menarik lebih ramai pekerja dan keluarga menetap di Kulim.

Berapa masa perjalanan dari Kulim ke pusat bandar Penang? +

Menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), perjalanan dari Kulim ke Butterworth mengambil masa lebih kurang 20 hingga 25 minit (27km). Ke Georgetown, tambah 15 hingga 20 minit termasuk menaiki feri atau melalui Penang Bridge. KHTP sendiri terletak dalam lingkungan 5 hingga 15 minit dari kebanyakan kawasan perumahan di Kulim.

Apakah projek perumahan baru utama di Kulim? +

Antaranya Taman Puteri Padang Serai, Bandar Permata Lunas (Oriental Kedah Realty), Permata Residence, Lembah Impiana, dan Taman Selasih Indah. Kebanyakannya menyasarkan pekerja KHTP dan keluarga muda dalam julat harga RM250,000 hingga RM400,000 berdasarkan data transaksi semasa.

Apakah skim pembiayaan yang sesuai untuk pekerja kilang beli rumah di Kulim? +

Pekerja sektor swasta di KHTP boleh mohon pinjaman bank konvensional atau bank Islam. Kelayakan biasanya 30 hingga 35 peratus daripada gaji bersih. Untuk pendapatan RM3,000 hingga RM5,000, rumah di Kulim (RM250k hingga RM400k) biasanya dalam lingkungan kelayakan. Kami boleh bantu semak kelayakan percuma.

Beli Rumah di Kulim? Kami Sedia Membantu

Sama ada anda pekerja KHTP yang nak duduk 10 minit dari tempat kerja, atau komuter Penang yang nak rumah 20 minit ke Butterworth... kami bantu anda cari pilihan tepat mengikut bajet, laluan harian, dan matlamat anda. Tiada tekanan, tiada obligasi.